Home » Langit Terbuka » Putrajaya nafi aset TH diurus CEO bukan Islam

Putrajaya nafi aset TH diurus CEO bukan Islam

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, penubuhan SPV yang dimiliki kerajaan bertujuan membantu mengambil alih aset Tabung Haji yang mengalami kejatuhan nilai bagi menutup jurang antara aset dan liabiliti. - Foto Mole.my

KUALA LUMPUR – Soal aset Lembaga Tabung Haji (TH) diuruskan ketua pegawai eksekutif bukan Islam tidak timbul kerana aset itu dipindahkan kepada syarikat tujuan khas (SPV), Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang diketuai Izad Shahadi Mohd Sallehuddin, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata penubuhan SPV yang dimiliki kerajaan itu bertujuan membantu mengambil alih aset TH yang mengalami kejatuhan nilai bagi menutup jurang antara aset dan liabiliti TH.

Izad dilantik sebagai CEO syarikat itu pada 2 April lalu.

“Pelantikan ini (Izad Shahadi) sebagai langkah pembentukan pasukan pengurusan di UJSB bagi memastikan kelangsungan proses pemulihan aset-aset yang dipindahkan TH.

“Maka, tidak timbul isu pelantikan pegawai eksekutif bukan Islam yang bercanggah Akta Tabung Haji,” katanya ketika menjawab soalan Senator Fahariyah Md Nordin.

Fuziah berkata, aset itu diambil alih melalui Perjanjian Pemindahan Aset dan bukannya Perjanjian Jual Beli.

Katanya, kerajaan perlu mengambil alih aset itu pada harga premium bagi menutup jurang defisit antara aset dan liabiliti TH. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *