Home » Langit Terbuka » Rabiulawal akan diangkat sebagai bulan dakwah

Rabiulawal akan diangkat sebagai bulan dakwah

Delegasi TV Al Hijrah bersama Yang Dipertua YADIM (tengah) dalam lawatan ke ibu pjabat YADIM pada 11 Ogos. - Foto Arkib YADIM

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan TV Alhijrah akan menjalinkan kerjasama untuk memperhebat program-program dakwah dengan melancarkan ‘Bulan Dakwah’ sepanjang Rabiulawal akan datang.

Yang Dipertua YADIM, Nasruddin Hassan berkata jalinan kerjasama antara YADIM dengan TV Alhijrah diharap akan dapat memberi manfaat yang besar kepada umat Islam di negara ini.

“Kita (YADIM dan TV Alhijrah) akan tetap bekerjasama dan menjadi rakan saudara kandung dalam kerja dakwah ini. Terutamanya kami akan melancarkan bulan dakwah pada bulan Rabiulawal.

“Tentunya kita jadikan TV Alhijrah sebagai penyiar rasmi untuk sebarang aktiviti-aktiviti kempen gerakan dakwah,” kata Nasruddin.

Jelasnya aktiviti dakwah yang akan disiarkan di TV Alhijrah tidak hanya berlangsung selama sebulan sebaliknya akan berterusan melalui program-program dan aktiviti yang dirancang.

Bulan dakwah berkenaan disifatkannya akan menjadi penggerak momentum dakwah ke seluruh negara dan akan diteruskan sepanjang masa. – AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *