Home » Citra Yadim » Ruang Kerjasama Dalam Program Dakwah

Ruang Kerjasama Dalam Program Dakwah

BENTONG – YADIM Negeri Pahang telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Sekolah Menengah Agama Ar Raudhah An Nabawiyyah, Janda Baik, Bentong pada 6 Mei sebagai usaha memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik bersama institusi pendidikan Islam di negeri tersebut.

Selain memperkenalkan peranan dan fungsi YADIM, kunjungan ini juga berhasrat membuka ruang kerjasama dalam pelbagai program dakwah, pendidikan dan pembangunan sahsiah pada masa hadapan.

YADIM Negeri Pahang diwakaili oleh Pengarahnya, Ustaz Aizuddin Hakim Mohd Yusof bersama kakitangan beliau.

Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh Pengetua Sekolah, Puan Siti Madiani Abdul Ghani bersama Guru Penolong Kanan Akademik, Puan Norlaila Abdullah serta Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Aminuddin Alias.

Pertemuan berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh mahabbah dengan perbincangan tertumpu kepada usaha memperkasakan agenda pendidikan, dakwah dan pembangunan generasi muda selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *