Home » Langit Terbuka » Russia iktiraf doktor Palestin Pakar Jantung terbaik 2019

Russia iktiraf doktor Palestin Pakar Jantung terbaik 2019

Dr Imad yang pernah menjadi pelarian di kem El-Buss, Lubnan menerima pengiktirafan itu atas komitmennya terhadap bidang perubatan. - Foto Hiasan Medical News Today

MOSCOW – Biarpun pernah hidup sebagai pelarian, seorang rakyat Palestin kini menerima penghormatan sebagai Pakar Jantung terbaik bagi tahun 2019.

Dr Imad Meri, dianugerahkan sebagai doktor Kardiologi dan Resusitasi terbaik daripada Kementerian Kesihatan Russia, lapor Pusat Maklumat Palestin (PIC).

Pengiktirafan yang diberikan kepada Dr Imad adalah hasil daripada beberapa kejayaan yang diperoleh sepanjang kariernya itu.

Dr Imad yang pernah menjadi pelarian di kem El-Buss, Lubnan menerima pengiktirafan itu atas komitmennya terhadap bidang perubatan.

Penghormatan itu bukan hanya diperakui Kementerian Kesihatan Russia, bahkan kebanyakan pihak juga berbangga dan mengakui dedikasi serta profesionalisme yang ditonjolkan Imad sepanjang belajar serta bekerja di negara berkenaan.- MiddleEastMonitor

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *