Home » Citra Yadim » Sambutan Ambang Merdeka YADIM Selangor: Pelbagai Aktiviti Diadakan

Sambutan Ambang Merdeka YADIM Selangor: Pelbagai Aktiviti Diadakan

HULU LANGAT – Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar mengingati sejarah perjuangan negara, malah perlu diterjemahkan melalui semangat hubbul watan, perpaduan, keharmonian serta tanggungjawab bersama dalam membina sebuah Malaysia yang sejahtera.

Atas semangat itu, program Sambutan Ambang Merdeka telah dianjurkan oleh YADIM Negeri Selangor dengan kerjasama komuniti Kampung Sungai Semungkis dan Madrasah Ahmadiah Diniah, Hulu Langat program pada 30 Ogos yang dipenuhi dengan pelbagai pengisian bermanfaat.

Antaranya termasuklah pengisian Interaktif oleh Daie Komuniti YADIM, Ustaz Azam Sofuan yang membicarakan tentang semangat hubbul watan memacu Teras Malaysia MADANI sempena kemerdekaan bertempat di Madrasah Ahmadiah Diniah, Kampung Sungai Semungkis.

Pada sebelah malam pula, diadakan Pertandingan Futsal Piala Merdeka bertempat di Padang Futsal Kampung Sungai Semungkis yang disertai komuniti setempat bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara masyarakat.

Program ini bukan sahaja menjadi wadah menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-69 malah turut memperkukuh hubungan antara YADIM dan komuniti setempat melalui pendekatan dakwah, kemasyarakatan serta aktiviti riadah.

 

Artikel Berkaitan

YADIM dan UNIQSAAS Jayakan Karnival Dakwah

KUANTAN – YADIM bersama Jabatan Dakwah dan Usuluddin, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIQSAAS), telah menjayakan Karnival Dakwah 2.0 yang berlangsung

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *