Home » Citra Yadim » Sambutan Maulidur Rasul Dan Kemerdekaan Di Kampung Seribong Meriah

Sambutan Maulidur Rasul Dan Kemerdekaan Di Kampung Seribong Meriah

KOTA BHARU – Sambutan Maulidur Rasul dan Kemerdekaan di Kampung Seribong, Kota Bharu berlangsung meriah apabila penduduk setempat bersama-sama menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dan negara pada 31 Ogos.

Program anjuran Persatuan Penduduk Kampung Seribong (PPKS) pada ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi PPKS, Encik Sazali Mohd Noor sebelum diteruskan dengan ucapan Pengarah YADIM Negeri Kelantan, Ustazah Yusnita Muhamed Yusoff. Majlis kemudiannya disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarah, Jabatan Penerangan Negeri Kelantan, Encik Mohd Zamzuri Salleh.

Sambutan turut dimeriahkan dengan perarakan Maulidur Rasul dan Hari Kemerdekaan, bacaan ikrar, doa, ayat suci al-Quran dan selawat, selain persembahan sajak serta kebudayaan. YADIM Negeri Kelantan turut menyantuni penduduk melalui sumbangan 50 paket beras kepada penerima yang terpilih.

Lebih daripada sekadar sambutan, program ini menjadi ruang menghidupkan ukhuwah, menyemai kebersamaan dan menyatukan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan semangat patriotisme.

Maulidur Rasul menghidupkan cinta kepada Baginda, Merdeka menyuburkan cinta kepada negara.

Artikel Berkaitan

YADIM dan UNIQSAAS Jayakan Karnival Dakwah

KUANTAN – YADIM bersama Jabatan Dakwah dan Usuluddin, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIQSAAS), telah menjayakan Karnival Dakwah 2.0 yang berlangsung

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *