Home » Aspirasi » Sang Pengiring Muhammad SAW

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk syurga). Beliau merupakan salah seorang pejuang yang hebat. Bersama dengan Khalid Al-Walid, mereka berdua sahaja yang berkeupayaan untuk berperang dengan dua pedang dalam satu masa, walaupun ketika menunggang kuda.

Zubair adalah perajurit dakwah yang berani menyandang senjata melawan para Musyrikin. Kepahlawanannya jelas terserlah semasa Perang Badar, sedangkan pada peperangan itu, pasukan Quraisy menempatkan barisan tentera terbaik mereka di barisan hadapan yang dipimpin oleh Ubaidah bin Said Ibnu Aash.

Walaupun Ubaidah memakai baju besi sehingga sukar ditembus dengan senjata, Zubair tanpa gentar mensasarkan Ubaidah. Semasa pertempuran itu, Zubair berjaya menghalakan lembingnya ke mata Ubaidah dan berjaya menusuk kedua mata musuh Islam itu hingga menembusi belakang kepalanya.

Semasa Perang Uhud pula, Talhah bin Abu Talhah Al-Abdari, pembawa bendera kaum Musyrikin pada hari itu telah mengajak tentera Muslim bertanding, tetapi tiada seorang pun yang menyahutnya. Maka dengan berani, Zubair keluar untuk menyahut cabaran itu. Mereka berdua bertarung hingga akhirnya Zubair berjaya mengalahkan Talhah dan membunuhnya.

Lantaran peristiwa itu, Rasulullah SAW bersabda, “Tiap-tiap Nabi ada pengiringnya, dan pengiringku ialah Zubair”.

 

Janjinya kepada Rasulullah selalu ditepati,

Atas petunjuk Baginda ia berbakti,

Dialah sang pembela berbakti,

Kata dan perbuatannya persis merpati,

Di jalan Nabi ia berjalan,

Jika api peperangan sudah menyala,

Dialah penunggang kuda tiada dua,

Dialah pejuang tak kenal menyerah,

Dengan Rasulullah, masih keluarga,

Terhadap Islam selalu membela,

Pedangnya selalu siaga,

Kala Baginda dihadang bahaya,

Dan Allah tidak ingkar pada janji-Nya,

Memberi pahala tiada terkira.

(Hasan bin Tsabit)

 

Kredit: Majalah Dakwah YADIM (Edisi-41)

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *