Home » Citra Yadim » Sanitasi Surau Musabul Khair, sumbangan warga Seremban.

Sanitasi Surau Musabul Khair, sumbangan warga Seremban.

PAROI – Selepas program di Ampangan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan pada 5 Julai meneruskan program menyantuni rakyat di kawasan ini dan di Seremban.

Di mukim ini, YADIM Negeri Sembilan telah melakukan kerja sanitasi di Surau Musabul Khair, sebagai usaha menjaga kebersihan dan mengelakkan penularan Covid-19.

Ia dilaksanakan dengan kerjasama rakan badan bukan kerajaan, Sularelawan Al Baasith Negeri Sembilan. Hadir sama ke program ini ialah Pengerusi Sukarelawan Al Baasith Negeri Sembilan, Khairul Nizam Khairudin.

Program kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada 100 keluarga yang terkesan dengan Covid-19.

Mereka terdiri daripada pesakit kronik, pekerja pembersihan yang terputus sumber pendapatan dan makanan asas harian dan lain lain asnaf.

YADIM Negeri Sembilan diwakili penyelarasnya, Ustaz Hassanal Haris. Pengerusi Persatuan Penduduk Garden Homes Seremban 2, Nazarudim Abdul Rahman turut hadir dalam acara ringkas penyampaian sumbangan.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *