Home » Citra Yadim » SAR Sungai Petani, MRA bantu asnaf Kampung Simpor Besar

SAR Sungai Petani, MRA bantu asnaf Kampung Simpor Besar

SUNGAI PETANI – Sering turun padang dan melibatkan diri dengan pelbagai program bersama badan badan bukan kerajaan (NGO) menjadi kunci kepada hubungan baik pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dengan pelbagai pihak di negeri ini.

Kerjasama terbaharu mereka ialah dengan Malaysia Relief Agency (MRA) Kedah pada 12 Jun apabila keduanya menyantuni asnaf di Kampung Simpor Besar di sini.

Menerusi program ini, sebanyak 17 keluarga asnaf di kampung ini yang telah dikenalpasti, menerima sumbangan barangan keperluan harian dalam satu majlis ringkas yang diadakan di sebuah kedai roti di sini.

Sumbangan daripada MRA Kedah ini bertujuan meringankan beban mereka yang terjejas akibat musibah Covid-19 yang melanda negara ketika ini.

Hadir sama ialah Pengerusi SAR SAR Sungai Petani, Basor Haron manakala MRA Kedah diwakili oleh Naib Pengerusinya, Rosli Idris.

Sebelum ini, MRA dan YADIM Kedah telah beberapa kali melaksanakan program bersama yang bertujuan menyantuni pelbagai lapisan masyarakat yang memerlukan.

Program menyantuni golongan yang terjejas akibat Covid-19 ini akan diteruskan lagi selepas ini oleh YADIM Kedah ke seluruh negeri ini.

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *