Home » Citra Yadim » SAY Kuala Langat Sampaikan Sumbangan Kepada 25 Keluarga Mualaf

SAY Kuala Langat Sampaikan Sumbangan Kepada 25 Keluarga Mualaf

KUALA LANGAT –  Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat  menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian oleh kepada keluarga yang memerlukan di sekitar Kuala Langat baru-baru ini.

Seramai 25 keluarga mualaf di Lorong Dubang Kampung Sungai Judah, Kampung Kepau Laut dan Kampung Melayu Pulau Carey menerima sumbangan yang disampaikan oleh Ketua Koordinator SAY Kuala Langat, Haji Hasmawi Mahidin dan ahli jawatankuasanya.

Inisatif ini merupakan sebahagian gerak kerja melestari gerakan dakwah oleh pasukan SAY Kuala Langat yang saban masa dilaksanakan. SAY Kuala Langat amat mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama oleh mana-mana pihak yang dapat memberi manfaat kepada orang ramai.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *