Home » Citra Yadim » SAY Sabak Bernam terlibat jayakan pengiktirafan Malaysia Book of Records

SAY Sabak Bernam terlibat jayakan pengiktirafan Malaysia Book of Records

SEPANG – Selain menyantuni masyarakat secara langsung, Sukarelawan YADIM Sabak Bernam juga tidak melupakan program berbentuk kebudayaan sebagai salah satu bentuk dakwah.

Bagi mencapai tujuan itu, mereka telah menyertai program Fiesta Nasi Ambeng Tradisional Selangor 2022 di Pantai Bagan Lalang di sini pada 27 November.

Ia diadakan Majlis Kebudayaan Negeri Selangor sebagai satu program kebudayaan dan kemasyarakatan bagi mewujudkan kesedaran Nasi Ambeng sebagai juadah tradisional daripada sudut budaya serta identiti di Selangor.

Sebanyak 2,022 dulang Nasi Ambeng dihidangkan secara percuma, sekali gus mencipta rekod di dalam Malaysia Book of Records sebagai hidangan nasi ambeng terbesar di Malaysia.

Program ini dihadiri oleh Pengerusi SAY Sabak Bernam Puan Hasnah Johari serta ahli jawatankuasanya En Hairuddin Suliman, Puan Jalilah Selamat, Puan Latifah Yusof, Puan Nora Sulaiman, Puan Salimah dan Hajah Kamariah.

SAY Sabak Bernam mempamerkan tema budaya Melayu dan Jawa melalui Nasi Ambeng sebagai mengeratkan hubungan uhkwah silaturrahim dikalangan ahli dan masyarakat setempat.

SAY Sabak Bernam berharap di masa akan datang mereka dapat mengadakan program sebegini untuk masyarakat di kawasan mereka di samping membawa ilmu dakwah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *