SEPANG – Sukarelawan YADIM (SAY) Sepang turut tidak ketinggalan menganjurkan ibadah korban pada tahun ini.
Bertempat di Dataran Kedai Warisan Pak Long, Kota Warisan, Sepang pada 30 Mei, program ini menyaksikan dua ekor lembu disempurnakan dalam ibadah berkenaan yang melibatkan sukarelawan serta komuniti setempat gotong-royong bagi menyemarakkan sambutan Aidiladha di samping memperkukuhkan nilai kebersamaan dan kesukarelawanan dalam masyarakat.
Kesemua yang hadir telah sama-sama menyempurnakan ibadah berkenaan selain melapah serta mengagihkan daging korban kepada golongan yang memerlukan dan masyarakat sekitar.
Penyelaras program, Daie Muda YADIM Nurul Syuhada Mohd Kamil hadir mewakili YADIM Negeri Selangor, dalam program ini.
Turut hadir, Pengerusi SAY Sepang, Puan Zarina Ismail. YADIM Negeri Selangor berharap program seumpama ini dapat terus memperkukuhkan budaya kebajikan, kesukarelawanan dan ukhuwah dalam kalangan masyarakat.



KOMEN