SAY Sungai petani santuni penduduk Kuala Muda

0
179

SUNGAI PETANI – Perintah Kawalan Pergerakan yang masih dalam fasa 1 menyebabkan ramai pihak semakin memerlukan.

Cakna dengan situasi itu, pada 1 Julai, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY)  Sungai Petani telah menyantuni 30 penduduk dari Kampung Hutan Gelam, Padang Binjai, Permatang Merbau dan Pulau Sayak di sini.

Mereka yang terdiri daripada asnaf, pesakit terlantar, guru pengajian kampung, peniaga yang terputus bekalan makanan dan Orang Kelainan Upaya penglihatan menerima barangan dapur, pelitup muka dan wang tunai untyk meringankan beban yang ditanggung.

- advertisement -

Sumbangan ini adalah daripada aktivis masyarakat yang bermurah hati menyalurkannya menerusi  SAY Sungai Petani.

Turun padang mengagihkan sumbangan ialah Pengerusi SAY Sungai Petani, Basor Harun, Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Muda, Badri Saad, petugas di Pusat Khidmat DUN Pantai Merdeka, Zawari Khalid.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here