Home » Citra Yadim » Saya malu nak mohon bantuan, tapi….

Saya malu nak mohon bantuan, tapi….

BAYAN LEPAS – “Saya telah kehilangan pekerjaan dan kini hidup tanpa gaji… sebelum ini isteri bekerja dengan mengasuh anak orang, tetapi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiada orang yang mahukan khidmat pengasuh, kami tak dapat buat apa apa.

“Saya malu nak mohon bantuan, tapi saya berharap sangat dalam tempoh inj dapat lah pihak tuan membantu saya sedikit,”.  Demikian mesej yang diterima Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ustaz Nasrudin Hassan menerusi Facebook beliau.

Tidak menunggu lama, beliau meminta Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh untuk membantu keluarga Mohamad Rizwan yang kini menetap di sini.

YADIM Pulau Pinang kemudiannya pada 22 Jun telah berkunjung ke kediaman Mohamad Rizwan bagi menyampaikan bantuan awal kepadanya.

Pengarah YADIM Pulau Pinang, Mohd Afifi Ruslan menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai RM500 kepada Mohamad Rizwan. YADIM juga membantu menyelesaikan bayaran sewa rumah untuk bulan Mei dan Jun.

YADIM turut menyatakan komitmen untuk membantu keluarga ini sekiranya menghadapi masalah bekalan makanan kelak.

Hadir sama menyampaikan sumbangan ialah Koordinator Sukarelawan YADIM Daerah Timur Laut, Jamil Winset Abdullah.

Mohamad Rizwan kini tinggal bersama isteri dan seorang anaknya serta sedang menunggu kelahiran seorang lagi cahaya mata. Keduanya amat terkesan dengan PKP kerana kehilangan pekerjaan.

 

 

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *