Home » Langit Terbuka » Sekatan pergerakan penuh: Bantuan Musa’adah COVID-19 diteruskan – Ahmad Marzuk

Sekatan pergerakan penuh: Bantuan Musa’adah COVID-19 diteruskan – Ahmad Marzuk

KOTA BHARU –  Semua agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan meneruskan usaha membantu rakyat yang terkesan pandemik COVID-19 menerusi Tabung Musa’adah COVID-19 sepanjang tempoh 14 hari sekatan pergerakan penuh di seluruh negara yang bermula 1 Jun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, petugas agensi terlibat diminta menggiatkan lagi usaha bagi memastikan bantuan menerusi tabung itu sampai kepada golongan yang memerlukan.

“Agensi-agensi agama terlibat akan akan diminta menggiatkan lagi usaha menyalurkan bantuan kerana kita ada Tabung Musa’adah COVID-19 di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Penyerahan barangan keperluan ini akan dibantu oleh jentera agensi dan komuniti masyarakat bagi memastikan setiap barangan sampai sehingga ke “tangga” rumah penduduk.

“Tahun ini sahaja kita sudah membelanjakan lebih RM10 juta bagi tujuan bantuan kepada pihak yang terkesan. Tabung ini agak besar dananya dan ditubuhkan untuk memberi bantuan kepada pihak terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada penyerahan barangan keperluan makanan sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Kelantan kepada penduduk Kampung Pauh Lima, di sini pada 29 Mei.

Turut hadir Pengurus YaPEIM Kelantan, Nik Mohd Nurul Ihsan Salleh.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *