Home » Langit Terbuka » Sekolah, Madrasah Tahfiz dibenar beroperasi semula

Sekolah, Madrasah Tahfiz dibenar beroperasi semula

KUALA LUMPUR – Sekolah dan madrasah tahfiz berdaftar dibenarkan beroperasi semula berdasarkan tarikh pembukaan sekolah yang akan diumumkan Kementerian Pendidikan (KPM) tidak lama lagi, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata semua sekolah itu perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KPM, dan bagi madrasah yang mempunyai kemudahan asrama perlu mengikut SOP sekolah asrama yang ditetapkan.

“Jadi kepada sekolah tahfiz, tidak perlulah membangunkan SOP mereka sendiri tetapi hanya perlu merujuk dan mengguna pakai SOP yang telah ditetapkan oleh KPM.

“Bagaimanapun bagi sekolah dan madrasah tahfiz yang tidak berdaftar perlu membuat permohonan terlebih dahulu daripada Pihak Berkuasa Agama Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini.

Selain itu, beliau berkata mesyuarat hari ini juga bersetuju untuk membenarkan pusat tuisyen, sekolah pendidikan khas dan institusi pendidikan swasta untuk beroperasi.

Bagaimanapun, beliau berkata perincian berkenaan tarikh dan SOP akan diumumkan oleh KPM.

Ismail Sabri berkata surau sekolah juga diberi kebenaran untuk digunakan sewaktu sesi persekolahan dengan perlu mengikuti SOP yang ditetapkan termasuk mengadakan jarak sosial. – Bernama

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *