Home » Langit Terbuka » Selangor benarkan solat sunat Aidiladha dengan penjarakan 1.5 meter

Selangor benarkan solat sunat Aidiladha dengan penjarakan 1.5 meter

JAIS menasihatkan para jemaah untuk datang ke masjid dalam keadaan berwudhuk, memakai pelitup muka dan membawa sendiri sejadah bagi menunaikan solat sunat Aidiladha. - Foto mStar

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan solat sunat Aidiladha diadakan di semua masjid dan surau negeri dengan kaedah jemaah secara terbuka (first come, first serve) sehingga memenuhi kapasiti sebenar ruang solat dan mematuhii penjarakan sosial 1.5 meter.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menerusi kenyataan berkata hanya Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) kekal menggunakan kaedah E-Pass seperti sebelum ini.

Bagi jemaah wanita pula, kebenaran menunaikan solat sunat berkenaan hanya diberikan di dua masjid iaitu Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dan Masjid Diraja Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya dengan had jemaah masing-masing seramai 220 dan 250 orang di ruang khasnya.

“Pelaksaan Solat Sunat Aidiladha bagi semua surau di negeri Selangor adalah 8 pagi,” kata JAIS dalam kenyataan.

JAIS menasihatkan para jemaah untuk datang ke masjid dalam keadaan berwudhuk, memakai pelitup muka, membawa sendiri sejadah dan tidak bergejala atau suhu badan tidak melebihi 37.5 darjah celcius.

Jemaah turut diingatkan agar tidak berjabat tangan dengan kalangan jemaah. -MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *