Home » Citra Yadim » Sembilan keluarga terima sumbangan SAY Kuala Langat

Sembilan keluarga terima sumbangan SAY Kuala Langat

TELOK PANGLIMA GARANG – Pada hari sambutan Nuzul Quran, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat kekal konsisten menyantuni golongan yang memerlukan di daerah ini.

Pada 29 April, sejumlah sembilan keluarga disantuni mereka di sekitar mukim ini.

Turun padang menyampaikan sumbangan ialah Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan setiausahanya, Hanizah Sumiri.

SAY Kuala Langat pada Ramadan ini tidak pernah ketinggalan menyampaikan juadah berbuka puasa kepada mereka yang memerlukan setiap hari.

Program ini merupakan sebahagian pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360).

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *