Home » Citra Yadim » Seminar Pemantapan Aqidah Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Seminar Pemantapan Aqidah Peringkat Negeri Pulau Pinang.

JELUTONG – Dengan ancaman pelbagai fahaman ketika ini, wujud keperluan untuk memantapkan pegangan akidah umat Islam di negara ini.

Bertitik tolak daripada itu, YADIM Pulau Pinang pada 27 Oktober telah menganjurkan Seminar Pemantapan Aqidah di Seameo Hall, Seameo Rescam di sini.

Program dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dan Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang ini dihadiri seramai 200 kakitangan awam terdiri daripada guru – guru Pendidikan Islam seluruh Pulau Pinang.

Penjelasan tentang persoalan berkaitan akidah ahli sunnah waljmaah ini dikendalikan oleh Dr. Azmil bin Zainal Abidin.

Program ini dirasmikan oleh Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya.

Turut hadir bersama ialah Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusoff Bahari dan Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Mohd Afifi Haji Ruslan.

Ustaz Azhar dalam ucapannya berharap para peserta dapat memperkemaskan ilmu-ilmu berkaitan aqidah Islamiah berasaskan Ahlu Sunnah Wal Jamaah.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *