Home » Langit Terbuka » Seorang cedera kren tumbang di Masjidil Haram

Seorang cedera kren tumbang di Masjidil Haram

Gambar menunjukkan sebuah kren tumbang di sebuah kawasan pembinaan di Masjidil Haram dan bukan di kawasan awam. Foto Al Ekhbariya.

RIYADH: Seorang pekerja cedera selepas sebuah kren tumbang di kawasan pembinaan di Masjidil Haram, Makkah, lapor agensi berita Xinhua, memetik portal berita Sabq.

Menurut catatan Twitter pihak berkuasa Makkah, kejadian pada Ahad itu berlaku di kawasan yang jauh dari laluan para jemaah dan pelawat.

Pada tahun 2015, dunia dikejutkan dengan tragedi kren tumbang di Masjidil Haram yang mengorbankan seramai 111 nyawa manakala 394 lagi cedera.

Kejadian pada musim haji tersebut berlaku akibat angin kencang dan hujan lebat.

Berikutan itu, sebanyak US$8.5 juta pampasan telah dibayar kepada mangsa dan keluarga– BERNAMA

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *