TUMPAT – Sesi Bicara Santai Mudir Pondok yang terkini telah diadakan di Pondok Al Irfan, Kampung Alor Tar, Tumpat pada 2 Ogos.
Pertemuan ini menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim serta bertukar pandangan mengenai usaha memperkasa pendidikan Islam, pembangunan ummah dan peranan institusi pondok dalam mendepani cabaran semasa.
Mudir pondok yang hadir berkongsi pengalaman usaha membangunkan pondok masing-masing hingga berjaya mencapai ke tahap seperti hari ini.
Pertemuan dalam suasana mesra ini turut membuka peluang memperkukuh jaringan kerjasama antara mudir pondok yang hadir demi manfaat masyarakat.
Pada masa yang sama, Ustaz Barkatullah Bahari dan Ustaz Hafiz Mohd Suid dari Persatuan Pondok Turath Pahang telah membentangkan cadangan penubuhan Dasar Pondok Negeri Pahang, sebagai perbincangan dan rujukan untuk diketengahkan kepada agensi yang berkaitan.
Hadir dalam pertemuan ini ialah Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan, Tuan Guru Sheikh Wazir Che Awang, Mudir Pondok Al Irfan, Baba Haji Abdul Rahman Abdul Kadir dan Mudir Pondok Al Islahiyyah, Baba Zulkarnain Haron. Hadir mewakili YADIM Kelantan adalah penyelaras program, Aidi Kussuma Mamat.



KOMEN