Home » Citra Yadim » Sesi Diskusi Pengukuhan Fardhu Ain RBY

Sesi Diskusi Pengukuhan Fardhu Ain RBY

PUTRAJAYA – Bermula 18 September lalu, telah diadakan Slot Diskusi Pengukuhan Fardhu Ain bersempena Program Citra Ibadah anjuran Unit Belia Bahagian Kepimpinan Muda bersama Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).

Program ini akan berterusan hingga 31 Oktober 2021 dalam Bulan Dakwah 2.0 YADIM.

Ia mendapat sambutan amat menggalakkan apabila lebih 200 belia sudah menyertai sesi ini yang baru sahaja dua kali diadakan.

Mensasarkan penyertaan lebih 650 belia, program ini memberi fokus kepada perbincangan  tajuk-tajuk asas Fardhu Ain dengan bertujuan memberi pengukuhan dan permantapan kepada belia-belia di ILKBS dalam perkara Taharah, Solat dan Asas Bacaan Al-Quran.

Rakan Belia YADIM (RBY) adalah satu persatuan di bawah penyelarasan Unit Belia Bahagian Kepimpinan Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Boleh ikuti info dan perkembangan aktiviti-aktiviti Rakan Belia YADIM  di Telegram Rasmi RBY https://t.me/joinchat/ec_b_zQeevA1ZWZl

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *