Home » Langit Terbuka » Solat jemaah, Jumaat dan status haji diketahui Khamis ini

Solat jemaah, Jumaat dan status haji diketahui Khamis ini

Satu kenyataan rasmi akan dikemukakan selewat-lewatnya pada Khamis ini untuk menjawab sebarang bentuk kemelut dan persoalan solat jemaah dan Jumaat, jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri. - Foto SelangorKini

PUTRAJAYA – Isu bagi solat Jumaat dan solat berjemaah di Masjid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPB) akan diumumkan pada Khamis ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, keputusan perlu dibuat berdasarkan ketertiban yang diamalkan di negara ini.

Jelas beliau ini kerana perbincangan khusus yang diadakan melibatkan pihak berkuasa yang ada kena mengena dengan dasar yang ingin diputuskan.

“Dalam isu, satu kenyataan rasmi akan dikemukakan selewat-lewatnya pada Khamis ini untuk menjawab sebarang bentuk kemelut dan persoalan solat jemaah dan Jumaat kerana di Malaysia ada tertibnya sendiri.

“Kita buat perbincangan secara khusus dengan pihak berautoriti dan ada kena mengena dengan dasar yang ingin diputuskan. Insya-Allah pada Khamis ini kita akan umumkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Kad Laporan Mei 2020 & Pelancaran Web Rasmi Menteri di Kompleks Islam di sini hari ini (9 Jun).

Mengulas mengenai status ibadah haji tahun ini, Zulkifli berkata keputusan yang sama akan diumumkan pada Khamis ini.

“Untuk ibadah Haji pun sama kita akan umum pada khamis ini,” katanya. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *