Home » Langit Terbuka » Solat Jumaat, fardu di Selangor ikut jumlah jemaah ditetapkan

Solat Jumaat, fardu di Selangor ikut jumlah jemaah ditetapkan

Secara faktanya, masjid dan surau di Selangor terus dibuka secara berperingkat berdasarkan situasi semasa pandemik Covid-19. - Foto OhBulan

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan solat Jumaat dan fardu di negeri itu dijalankan mengikut jumlah jemaah ditetapkan mulai Isnin lalu.

Pengarah JAIS Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad berkata, penetapan jumlah jemaah itu dibuat berdasarkan perkembangan semasa pandemik Covid-19 di kawasan setempat melibatkan masjid, surau kebenaran Jumaat serta surau di negeri berkenaan.

Bagi masjid negeri dan Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, sebanyak 500 jemaah dibenarkan untuk solat Jumaat dan 150 jemaah untuk solat fardu, sementara untuk 39 masjid pengurusan dan 17 masjid institusi, sebanyak 300 jemaah dibenarkan untuk solat Jumaat dan 150 jemaah solat fardu.

“Masjid dan surau kebenaran Jumaat di daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor pula, jumlah jemaah solat Jumaat ialah mengikut kapasiti sebenar dewan solat utama dengan penjarakan fizikal 1.5m manakala untuk solat fardu, sebanyak 40 jemaah termasuk pentadbir,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, untuk masjid dan surau kebenaran Jumaat di Klang, Petaling, Kuala Langat, Sepang, Hulu Langat dan Gombak, hanya 40 jemaah termasuk pentadbir fasiliti itu dibenarkan untuk solat Jumaat serta solat fardu.

Katanya, semua surau termasuk surau institusi di seluruh Selangor pula dibenarkan 40 jemaah menunaikan solat fardu.

Mohd Shahzihan turut berkata, semasa menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung perkenan kebenaran solat itu semalam, baginda menzahirkan rasa dukacita apabila sesetengah pihak mendakwa masjid dan surau di negeri itu ditutup.

Katanya, Sultan Sharafuddin juga berdukacita dengan tanggapan segelintir masyarakat bahawa ketetapan dibuat sebelum ini ibarat menghalang umat Islam beribadat di masjid dan surau.

“Secara faktanya, masjid dan surau di Selangor terus dibuka secara berperingkat berdasarkan situasi semasa pandemik Covid-19. Bagaimanapun, perkara ini tidak disiarkan oleh media kerana kebenaran berkenaan kerap berubah mengikut keadaan setempat.

“Justeru, baginda mahu kebenaran baharu solat itu dimanfaatkan sebaiknya oleh ahli kariah dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard ditetapkan supaya masjid dan surau tidak menjadi tempat cetusan baharu penularan Covid-19,” katanya. – FMT

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *