Home » Langit Terbuka » Solat Jumaat hanya di lapan masjid di Terengganu

Solat Jumaat hanya di lapan masjid di Terengganu

Kebenaran mengadakan solat Jumaat di Terengganu hanya untuk Masjid Sultan Ahmad di Kemaman; Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah, Dungun; Masjid Sultanah Nur Zahirah, Marang; Masjid Sultan Mahmud, Hulu Terengganu, Masjid Wakaf Tembesu, Kuala Nerus; Masjid Abidin, Kuala Terengganu, Masjid Bandar Permaisuri, Setiu dan Masjid Nasaruddin Shah, Besut sahaja. - Foto Sinar Harian

KUALA TERENGGANU – Sebanyak lapan masjid di seluruh Terengganu dibenarkan mengadakan solat Jumaat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Jumaat ini.

Kebenaran itu melibatkan Masjid Sultan Ahmad di Kemaman; Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah, Dungun; Masjid Sultanah Nur Zahirah, Marang; Masjid Sultan Mahmud, Hulu Terengganu.

Selain itu, Masjid Wakaf Tembesu, Kuala Nerus; Masjid Abidin, Kuala Terengganu, Masjid Bandar Permaisuri, Setiu dan Masjid Nasaruddin Shah, Besut.

Terdahulu, kerajaan negeri turut senada dengan negeri lain membenarkan aktiviti di masjid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 22 Mei ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Osman Muda dalam satu kenyataan berkata, kelonggaran itu hanya membabitkan satu masjid dalam satu daerah sahaja sepanjang PKPB.

Menurutnya, solat Jumaat diadakan bermula Jumaat ini dengan bilangan jemaah tidak melebihi 40 orang.

Katanya pegawai agama daerah bertanggungjawab memastikan setiap jemaah perlu menjalani pemeriksaan suhu badan, sanitasi tangan dan merekodkan kehadiran jemaah. – Awani

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *