Home » Langit Terbuka » SOP solat Jumaat, solat berjemaah sepanjang PKPB diketahui Khamis ini

SOP solat Jumaat, solat berjemaah sepanjang PKPB diketahui Khamis ini

Garis panduan berhubung pelaksanaan semual solat berjemaah akan dibincangkan dan diperhalusi dalam satu mesyuarat bersama Perdana Menteri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri. - Foto mStar

TAPAH – Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dijangka diketahui Khamis ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata garis panduan itu akan dibincangkan dan diperhalusi dalam satu mesyuarat bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini.

“Hari ini saya nak bincang, jadi esok masuk mesyuarat Kabinet,” katanya pada sidang media Program Inspirasi Musaadah Ramadan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di Dewan Budiman, Kompleks Penjara Tapah, di sini, hari ini (12 Mei).

Zulkifli berkata, pandangan berkenaan kemudiannya akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Majlis Raja-Raja dan pihak berkuasa negara.

“Itulah prosedur kita lakukan dan kita sentiasa mengambil cakna terhadap apa yang disarankan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara, untuk SOP yang akan kita bina, Insya-Allah,” katanya.

Ketika ditanya mengenai keputusan Perlis membenarkan solat Jumaat bersyarat mulai 15 Mei ini, Zulkifli berkata perkara itu tertakluk kepada bidang kuasa negeri masing-masing.

Sementara itu, mengenai solat Aidilfitri beliau berkata, pihaknya juga akan berbincang mengenai perkara itu secara khusus dalam masa terdekat. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *