Home » Langit Terbuka » Status halal mengelirukan, pemilik restoran ‘sizzling’ didenda RM18,000

Status halal mengelirukan, pemilik restoran ‘sizzling’ didenda RM18,000

IPOH: Seorang pemilik sebuah restoran “sizzling” didenda RM18,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping hari ini selepas mengaku bersalah meletakkan kalimah “Allah” dan “Muhammad” di dalam premis tersebut.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata sepasukan anggota serbuan dari Bahagian Penguatkuasa KPDN cawangan Taiping membuat pemeriksaan terhadap restoran itu di Jalan Kamunting, Taiping pada 1 Januari lalu.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati premis ada menggunakan representasi berkaitan Islam melalui hiasan gantung tertera kalimah “Allah” dan “Muhammad”.

“Semakan status pengesahan Sijil Halal Malaysia melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak mengesahkan restoran tersebut bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Kamalludin berkata kes dikendalikan pegawai pendakwa, Mohamed Nizam Mohamed Yunan dengan tertuduh, Seah Thien Lim, 43, mengaku bersalah, sebelum mahkamah menjatuhkan denda RM18,000 terhadap pemilik restoran tersebut.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Perintah 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011. _BERNAMA

Artikel Berkaitan

40 orang peserta sertai Bengkel Memanah

PASIR PUTEH – Seramai 40 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat telah menyertai Bengkel Memanah bertemakan “Aim High, Fokus Jati Diri” yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *