Home » Citra Yadim » Street Dakwah Pantai Sri Tujuh

Street Dakwah Pantai Sri Tujuh

MEMANAH Kini merupakan antara sukan yang mempunyai penggemar yang ramai di negara dan semakin berkembang.

Mengambil kesempatan itu, YADIM Kelantan pada 11 Februari telah menganjurkan program Street Dakwah di Pantai Sri Tujuh, Tumpat dengan memanah sebagai tarikan utamanya.

Ia ternyata menarik perhatian kira kira 50 pengunjung pantai tersebut apatah lagi ia diadakan secara percuma.

Bukan sekadar itu, turut diadakan ialah edaran risalah YADIM kepada pengunjung yang diselitkan dengan santai minda berupa soalan am agama untuk dijawab. Pengunjung yang menyertai juga menerima cenderamata daripada YADIM Kelantan.

Sesuai dengan tujuan dakwahnya, mereka yang hadir juga menunaikan solat Asar berjemaah bersama kakitangan dan Sukarelawan YADIM bertugas.

YADIM Kelantan merancang mengadakan lebih banyak lagi program seperti ini untuk menyebar rahmah Islam kepada semua.

Artikel Berkaitan

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *