Home » Langit Terbuka » Sudut al-Quran di universiti awam bakal diwujudkan

Sudut al-Quran di universiti awam bakal diwujudkan

Contoh Sudut Al Quran yang dicadangkan. - Foto Karangkraft.

PUTRAJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi akan mewujudkan sudut al-Quran di setiap universiti awam seluruh negara bagi memupuk semangat untuk mendalami kitab suci tersebut.

Menterinya, Datuk Noraini Ahmad berkata, beliau berharap agar semangat tersebut akan dapat membentuk ekosistem yang Islamik di institusi pengajian tinggi.

“Sumbangan al-Quran oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) akan diserahkan kepada 20 Naib Canselor Universiti Awam.

“Ini adalah sebagai inisiatif untuk mewujudkan sudut al-Quran di setiap universiti awam.

“Semoga melalui semangat baca, faham dan amal al-Quran dapat membentuk ekosistem yang Islamik di menara gading,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.

Dalam pada itu, Noraini turut mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub yang telah menyumbangkan wakaf al-Quran tersebut. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *