Home » Langit Terbuka » Sukarelawan perlu kuasai ilmu, mesej dakwah lebih berkesan

Sukarelawan perlu kuasai ilmu, mesej dakwah lebih berkesan

Foto FB Dato' Setia Dr. Naim

PUTRAJAYA, 14 Ogos – Sukarelawan perlu menguasai pengetahuan dan kemahiran terkini serta memahami bahasa dan budaya tempatan supaya mesej dakwah yang disampaikan lebih berkesan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata penerapan budaya nilai-nilai MADANI yang murni serta boleh difahami perlu diamalkan dan wajar disebar luas ke seluruh rantau melalui jaringan sukarelawan negara anggota Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS).

“Melalui sukarelawan MABIMS ini, bila mereka turun ke Brunei, Indonesia, Singapura contohnya, nilai murni, nilai MADANI ini akan dapat diterapkan dalam kalangan rakyat di sana.

“Kita tak boleh contohnya pendakwah daripada Malaysia pergi ke Singapura, Indonesia, Brunei sebab cara mereka ni mungkin berbeza. Kita pun tak tahu, Tak ramai yang boleh menghayati pendekatan tersebut.

“Saya percaya dengan cara tu nilai MADANI akan dapat diperluas ke seluruh ASEAN,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Himpunan Sukarelawan Dakwah MABIMS (HISDAM) 2025, di sini.

Seramai 140 sukarelawan dakwah ASEAN dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyertai perhimpunan membabitkan penyertaan 40 sukarelawan dari Brunei, Indonesia, Singapura dan Malaysia .

Lima resolusi dicapai termasuk menjadikan HISDAM sebagai platform berkala, membangunkan pelan strategik lima tahun, menubuhkan sekretariat, membina model sosioekonomi komuniti, serta memperkasa platform digital bagi mengekang maklumat palsu.

Artikel Berkaitan

Usaha Memperkasa Institusi Pondok

PUTRAJAYA – Satu Lagi usaha memperkasa institusi pondok di negara ini berlangsung pada 14 April apabila Mesyuarat Syura Nasional Pondok MADANI telah

Bagaikan Aur Dengan Tebing

SETIAP manusia yang bergaul dengan satu golongan mestilah ada caranya tertentu dan ada berbagai-bagai bentuk. Ini termasuklah daripada segi hubungan persahabatan, hubungan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *