Home » Citra Yadim » Sukarelawan Selebriti YADIM terus jadi pilihan

Sukarelawan Selebriti YADIM terus jadi pilihan

AYER KEROH – Sukarelawan Selebriti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia terus menambah keahliannya daripada kalangan artis dan selebriti tanah air.

Pada 23 Disember, tiga artis dan selebriti secara rasmi menjadi anggota pasukan ini yang kini semakin menjadi buah mulut masyarakat.

Mereka yang dimaksudkan ialah Azadan Abdul Aziz dari Rabbani, Aiman Sufyan Aezman (Daie Aiman) dan Nor Fazira Raman (DJ Fazz Melaka FM).

Ketiga tiga mereka menyertai program Pelancaran Sukarelawan YADIM Selebriti di Melaka Mall, selain terlibat dengan forum santai bersama hadirin yang menyertai program ini.

Menerusi forum tersebut, mereka berkongsikan pengalaman dalam kerjaya, memberi motivasi selain menyentuh mengenai adab dan akhlak.

Turut diadakan ialah program Back To School YADIM Melaka yang menyaksikan 200 pelajar dari kalangan asnaf  menerima sumbangan beg sekolah dan alat tulis bagi membantu persiapan mereka menghadapi sesi persekolahan akan datang.

Pada masa yang sama, 30 pemandu teksi serta 20 penunggang E-hailing juga menerima sumbangan barangan keperluan harian dalam program ini.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Melaka, Yang Berhormat Datuk Hajah Kalsom Noordin.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Pengarah YADIM Melaka, Muzaffar Abd Rahim.

YADIM pada hari yang sama juga melancarkan Free Market YADIM di
Masjid Ar Rahman, Kampung Pulai, Serkam, yang menyantuni 200 asnaf dari kalangan ahli kariah masjid itu.

Konsep Free Market juga sebelum ini dilaksanakan YADIM di Tanjung Dahan di negeri ini dengan penyertaan penyanyi Aiman Tino dan Khai Arba, kedua-duanya juga ahli Sukarelawan Selebriti YADIM.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *