Home » Citra Yadim » Sumbangan Kepada Asnaf Di Tabuan Foochow

Sumbangan Kepada Asnaf Di Tabuan Foochow

KUCHING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak terus menerima kepercayaan orang ramai untuk menyumbang barangan keperluan harian kepada asnaf yang dikenalpasti.

Terbaharu pada 30 Januari, hasil sumbangan orang ramai, YADIM Sarawak telah mengagihkan barangan keperluan harian kepada asnaf di Kampung Tabuan FooChow di sini.

Tabuan Foochow merupakan sebuah kawasan perkampungan yang dihuni pelbagai komuniti masyarakat pelbagai kaum dan latar belakang. Majoriti penduduknya terdiri daripada golongan B40 yang memerlukan bantuan.

Seramai tujuh orang sukarelawan yang terdiri daripada tiga orang pegawai YADIM Sarawak dan empat orang Sukarelawan YADIM telah mengedarkan 15 pek barangan dapur kepada 15 keluarga.

Mereka yang disantuni merupakan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan, serta menjadi mangsa banjir yang melanda negeri ini baru baru ini.

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *