Home » Citra Yadim » Sumbangan kepada Maahad Tahfiz Quran Masjid Lama, Cuci Cuci Masjid Fadzullah

Sumbangan kepada Maahad Tahfiz Quran Masjid Lama, Cuci Cuci Masjid Fadzullah

BOTA – Pada 30 Julai lalu, tiga blok bangunan Maahad Tahfiz Quran Masjid Lama di Kampung Lambor Kanan, di sini mengalami kerosakan teruk akibat terbakar dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 12.50 malam.

Walaupun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, kejadian ini mengakibatkan kerugian dan kemusnahan yang bukan sedikit kepada pusat tahfiz berkenaan.

Prihatin dengan nasib mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 5 Ogos ini menganjurkan satu program lawatan dan sumbangan kepada maahad tahfiz berkenaan.

Sumbangan berkenaan bakal disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri. Turut hadir sama ialah Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Abdullah.

Selain sumbangan kepada pusat tahfiz, turut akan diadakan ialah penyampaian sumbangan kepada kira kira 100 asnaf di sekitar kawasan ini, menerusi inisiatif Musa’adah Covid-19 YADIM, yang akan diadakan di Masjid Fadzullah, Kampung Teluk Kepayang.

Di masjid yang sama juga, YADIM akan mengadakan program ikoniknya, Cuci Cuci bagi membersihkan sekitar kawasan rumah ibadah itu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *