Home » Citra Yadim » Sumbangan lampin pakai buang, kit pesakit dari Majlis Amal Islami Malaysia YADIM untuk HKL

Sumbangan lampin pakai buang, kit pesakit dari Majlis Amal Islami Malaysia YADIM untuk HKL

KUALA LUMPUR – Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) YADIM pada 24 Januari telah menyerahkan sumbangan 50 set lampin pakai buang dewasa dan Kit Pesakit untuk Wad Hospital Kuala Lumpur (HKL). MAIM diwakili Pengerusinya, Ustaz Muhammad Najhan Shahir Halim merangkap Pengarah Kanan Pejabat Yang Dipertua YADIM. Turut mengiringi ialah rakan badan bukan kerajaan, Syabab Care yang diwakili Saudara Izwan, Ustaz Fadzli dan Ustaz Mohammad Abdullah. Menerima sumbangan tersebut bagi pihak HKL ialah Ketua Jururawatnya, Puan Siti Zubaidah. Lampin pakai buang kit pesakit adalah barangan mendesak yang diperlukan di wad wad HKL oleh pesakit yang tidak berkemampuan seperti asnaf, mereka yang ketiadaan waris dan gelandangan. Semoga bantuan ini mampu meringankan sebahagian bebanan kos rawatan buat pengurusan hospital ini dan para pesakitnya.

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *