Home » Citra Yadim » Sumbangan rehal kali kedua Sukarelawan YADIM Kuala Langat

Sumbangan rehal kali kedua Sukarelawan YADIM Kuala Langat

PULAU CAREY – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat, meneruskan program sumbangan rehal untuk kegunaan ramai di Dewan Pengajian Muallaf Kampung Sungai Judah di sini.

Sebanyak 20 rehal disumbangkan oleh Pengerusi Sukarelawan YADIM Kuala Langat,Hasmawi Mahidin pada 12 November kepada pembimbing muallaf kawasan ini, Ustaz Manarwi.

Ini merupakan kali kedua Sukarelawan YADIM Kuala Langat menyumbangkan rehal untuk tujuan ini. Sebelum ini sebanyak 25 unit rehal telah disampaikan.

Ustaz Manarwi ketika ditemui mengucapkan terima atas sumbangan tersebut selain memaklumkan, pusat pengajian muallaf Orang Asli berkenaan sememangnya kekurangan rehal dan selama ini para pelajar bergilir gilir menggunakannya.

Hadir sama ketika penyerahan ialah Setiausaha Negeri, Sukarelawan YADIM Selangor, Hanizah Sumiri.

 

Artikel Berkaitan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *