Sumbangan SAY untuk anak yatim, warga memerlukan di Sijangkang dan Kebun Bharu

0
159

SIJANGKANG – Menyantuni mereka yang memerlukan amat dianjurkan Islam, lebih lebih lagi kepada anak anak yatim.

Meskipun sekadar barangan dapur, telur dan air mineral, ia tetap membawa keceriaan kepada penerimanya.

Sumbangan kepada Pertubuhan Rumah Anak – Anak yatim Sijangkang yang diusahakan sendiri oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat ini disampaikan pada 17 Januari dan diterima oleh penyelia rumah berkenaan, Zaharul Radziah Mohd Noor.

- advertisement -

Antara yang disampaikan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin ialah 15 papan telur dan 15 karton air mineral selain beberapa lagi barangan dapur.

Pada hari yang sama,tiga keluarga di Kampung Kebun Bharu tiga lagi buah keluarga Sijangkang juga menerima sumbangan SAY Kuala Langat.

Kecil sahaja nilai sumbangan yang diberikan, namun ia disampaikan dengan konsisten dan ikhlas, tanda ingatan SAY Kuala Langat kepada mereka.