Home » Citra Yadim » Sumbangan telur, sayuran untuk anak yatim dan ibu tunggal oleh SAY Kuala Langat

Sumbangan telur, sayuran untuk anak yatim dan ibu tunggal oleh SAY Kuala Langat

JENJAROM – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat tidak pernah sunyi dengan aktiviti mereka.

Pada 5 September, seramai 17 keluarga anak yatim dan ibu tunggal di Jalan Sukepi di sini dan Kampung Medan, Telok Panglima Garang menerima agihan telur dan sayuran daripada SAY Kuala Langat.

Ia disumbangkan SAY Kuala Langat sendiri bagi menyantuni golongan yang kurang berkemampuan di sini dan keluarga yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan dan pandemik Covid-19.

Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin turun padang bersama ahli jawatankuasanya menyampaikan sumbangan ini.

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *