Home » Citra Yadim » Sumbangan untuk Kompleks Pengajian Tahfiz Ahmadiah

Sumbangan untuk Kompleks Pengajian Tahfiz Ahmadiah

BEDONG – Kompleks Pengajian Tahfiz Ahmadiah pada 11 Disember telah menerima sumbangan untuk pelajarnya daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah.

Seramai 25 pelajar anak yatim di pusat tahfiz tersebut telah disantuni menerusi pemberian alat tulis dan makanan yang disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin.

Penyampaian sumbangan ini adalah sempena program Ziarah Rahmah dan Bual Bicara Tokoh di pusat tahfiz tersebut.

Ia merupakan anjuran bersama YADIM Kedah dan Kompleks Pengajian Tahfiz Ahmadiah. Hadir sama ke program ini ialah mudir pusat tahfiz ini, Ustaz Fadzil Noor Sahani, wakil YADIM Kedah, Azmi Mohammad serta Penyelaras YADIM Pulau Pinang, Mohd Afifi Ruslan.

Selain penyampaian sumbangan, turut diadakan ialah sesi tazkirah santai oleh Zolkharnain.

Dalam sesi tersebut beliau menekan kepentingan untuk sentiasa mencontohi Nabi Muhammad SAW. Zolkharnain juga menyeru supaya para pelajar di pusat tahfiz itu untuk belajar menjadi ilmuwan serta memiliki kemahiran menulis bagi menyebar ajaran Islam.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *