Home » Langit Terbuka » Tabung Bencana Palu terima sumbangan lebih RM760,000

Tabung Bencana Palu terima sumbangan lebih RM760,000

Pengarah JAWI, menyampaikan sumbangan pihaknya bagi Tabung Bencana Alam Fasa Kedua Palu (Pembinaan Masjid). - Foto FB

PUTRAJAYA – Tabung Bencana Alam Fasa Kedua Palu (Pembinaan Masjid) hari ini (19 Julai) menerima sumbangan RM764,750.35 daripada agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi membantu masyarakat Islam di Palu, Sulawesi Tengah, yang dilanda gempa bumi dan tsunami pada akhir tahun lalu.

Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan sumbangan itu disampaikan oleh Menterinya, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dalam satu majlis di Kompleks Islam Putrajaya, di sini.

“Tujuan sumbangan ini khusus untuk bantuan kemanusiaan Palu, Indonesia, fasa kedua yang bertujuan membantu membina empat masjid yang rosak teruk di kawasan Palu akibat tsunami yang melanda pada penghujung tahun 2018,” katanya.

Menurutnya, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memberi sumbangan RM364,750.35 hasil kutipan daripada masjid dan surau di Wilayah Persekutuan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pula memberi sumbangan RM230,000 yang merupakan hasil kutipan di tiga masjid utama serta sumbangan orang ramai.

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) memberi sumbangan RM120,000, manakala Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyumbang RM50,000.

Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata usaha ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap musibah yang berlaku dan ia juga adalah kesinambungan daripada usaha kerajaan untuk menonjolkan Islam sebagai agama yang membawa rahmat ke seluruh alam (Rahmatan Lil A’lamin).– Bernama

 

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *