Sabah selaras program dan dasar Islam

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah mewujudkan Jawatankuasa Penyelarasan Hal Ehwal Islam dalam langkah menyelaraskan program serta dasar berkaitan agama Islam di negeri ini. Menteri Tugas-Tugas Khas negeri Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, jawatankuasa terbabit juga mampu mengukuhkan usaha menyelaras semua aktiviti hal ehwal Islam seperti dakwah serta pendidikan di antara agensi negeri dan persekutuan. […]