Tazkirah Ramadan Majlis Khatam Al-Quran, Tahlil dan Doa Selamat SeRITAB

JENGKA – YADIM Pahang memenuhi jemputan tazkirah Ramadan dan iftar jamaie anjuran Institut Tahfiz Turath Al-Banna (SeRITAB) di sini pada 29 April. Program ini dimulakan dengan majlis khatam Al-Quran, tahlil dan doa selamat serta tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Mohamad Hazmi Dibok. Ustaz Mohamad Hazmi di dalam tazkirahnya berkongsi tentang pentingnya […]

Ceramah Nuzul Al-Quran Sempena Majlis Khatam Al-Quran Kolej Vokasional Kuantan

KUANTAN – Kolej Vokasional Kuantan telah melaksanakan program tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan yang melibatkan para pelajar dengan bimbingan 5 orang guru. Satu majlis khatam Al-Quran diadakan pada 27 April bertempat di Dewan Inovasi Kolej Vokasional Kuantan bagi meraikan para pelajar dan guru bimbingan tadarus tersebut. Bersempena majlis khatam ini, diadakan juga slot ceramah Nuzul […]

Tindakan pemimpin politik Sweden bakar al-Quran melampau – Idris

Kota Bharu – Tindakan ekstrem seorang pemimpin parti politik di Sweden yang membakar senaskah al-Quran, Khamis lalu disifatkan perbuatan melampau yang tidak sepatutnya berlaku. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, semua mereka yang beragama hendaklah sentiasa menghormati sesama agama, seperti mana yang dianjurkan oleh Islam. “Ia perkara yang sepatutnya […]

Kitab al-Quran diagihkan kepada hotel di Kelantan

Kota Bharu – Bagi menggalakkan pengunjung hotel membaca al-Quran, kerajaan negeri menyerahkan sebanyak 1,800 naskah kitab berkenaan kepada lebih 10 hotel di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman berkata, al-Quran berkenaan masing-masing disumbangkan oleh kerajaan Arab Saudi sebanyak 1,500 naskah dan 300 daripada […]

Jadikan Pahang sebagai penanda aras institusi tahfiz negara – Tengku Hassanal

Kuantan – Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah mahu semua pusat institusi tahfiz di negeri ini melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek duniawi dan ukhrawi. Titah baginda, usaha itu penting dalam menyedia dan melahirkan bakal pemimpin negara pada masa hadapan. “Satu berita gembira, khususnya bagi mereka yang mengimpikan anak-anak menjadi […]

Buku Iqra’ untuk mualaf Orang Asli oleh SAY Kuala Langat

PULAU CAREY – “Bolehlah nanti kami mempelajari Al Quran dengan cepat dan mudah,” kata mualaf Orang Asli di pulau ini sebaik menerima buku mendalami kitab suci itu daripada Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat. Mereka jelas gembira dan berasa sentiasa diingati dengan pemberian tersebut. Sebanyak 20 set Iqra’ 1 hingga 6 disampaikan kepada […]

Sumbangan 630 naskhah Al-Qur’an kepada JAIP bagi kegunaan PKRC

KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang meneruskan usaha membantu Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam menyumbang naskhah Al-Quran bagi kegunaan Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid (PKRC) negeri ini. Pada 22 Jun, sebanyak 630 naskhah Al-Quran diserahkan oleh Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Mohamad Hazmi Dibok kepada Pegawai JAIP Ustaz Mohd Razi Mohd Zin. Naskhah […]

Melaka perluaskan doa mohon bantuan Allah SWT

MELAKA – Audio bacaan doa memohon menghindari wabak Covid-19 akan diperluaskan ke pejabat kerajaan serta pusat beli-belah di negeri ini. Difahamkan doa dipohon kepada Allah SWT itu sebelum ini hanya diperdengarkan menerusi alat pembesar suara di masjid dan surau. Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, berkata, pendekatan itu untuk memastikan semua rakyat, khususnya umat […]

210 naskhah Al Quran untuk PKRC Pahang

KUANTAN – Kes Covid-19 yang semakin meningkat di negeri ini menyaksikan pertambahan bilangan Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 (PKRC) yang dibuka. Justeru, sesuai dengan hasrat untuk menggunakan pendekatan kerohanian, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang dengan kerjasama rakan badan bukan kerajaan (NGO) Syabab Care Malaysia, telah menyumbangkan sebanyak 210 naskhah Al Quran untuk kegunaan di […]

Sudut al-Quran di universiti awam bakal diwujudkan

PUTRAJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi akan mewujudkan sudut al-Quran di setiap universiti awam seluruh negara bagi memupuk semangat untuk mendalami kitab suci tersebut. Menterinya, Datuk Noraini Ahmad berkata, beliau berharap agar semangat tersebut akan dapat membentuk ekosistem yang Islamik di institusi pengajian tinggi. “Sumbangan al-Quran oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) akan diserahkan kepada 20 […]