Raja Salman mahu OIC distruktur semuka tangani cabaran umat Islam

MAKKAH – Raja Salman Abdulaziz al Saud mahu Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) distruktur semula supaya mampu menangani cabaran serantau dan antarabangsa yang dihadapi umat Islam ketika ini. “Melalui jawatan pengerusi OIC yang disandang kali ini, Arab Saudi akan berusaha untuk bekerjasama dengan negara anggota bagi mempercepatkan pelaksanaan tindakan bersama untuk mencapai hasrat umat Islam sejagat,” […]

TPM tiba di Arab Saudi untuk Sidang Kemuncak OIC

MAKKAH – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di sini untuk menyertai Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Sesi Ke-14 yang bermula 31 Mei (Jumaat). Pesawat membawa Timbalan Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah pada jam 3.45 petang (waktu tempatan). Dr Wan Azizah yang mengetuai delegasi Malaysia ke […]

Tilawah al-Quran, azan tawar jutaan Riyal

RIYADH – Kerajaan Arab Saudi bakal menganjurkan pertandingan tilawah al-Quran dan laungan azan peringkat antarabangsa dengan menawarkan hadiah jutaan Riyal dengan permohonan dibuka sehingga 22 Jun ini. Arab News melaporkan, perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi Pihak Berkuasa Am Arab Saudi bagi Hiburan (GEA), Turki al-Sheikh dalam satu kenyataan semalam (23 Mei). Menurutnya, pertandingan tersebut bertujuan […]

TH masih tunggu keputusan Arab Saudi

PUTRAJAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) masih menunggu keputusan daripada kerajaan Arab Saudi berhubung permohonan kuota tambahan sebanyak 10,000 jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat. Beliau berkata, TH telah menulis surat permohonan rasmi berkenaan hal itu kepada kerajaan Arab Saudi malah Menteri di Jabatan […]

Kenyataan tidak berasas isu kuota haji boleh jejas hubungan Malaysia, Arab Saudi

PARIT BUNTAR – Semua pihak diminta tidak membuat sebarang kenyataan tidak berasas berkaitan kuota haji negara ini hingga boleh menjejas hubungan baik antara Malaysia dengan kerajaan Arab Saudi. Menegaskan demikian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, penetapan kuota haji dan pemberian kuota tambahan berdasarkan rayuan adalah hak Arab Saudi. […]

Kuota haji kekal

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menafikan laporan portal akhbar tempatan kononnya umat Islam negara ini kehilangan 10,000 kuota tambahan bagi menunaikan ibadat haji setiap tahun, berikutan hubungan dingin antara kerajaan dan Arab Saudi. Mujahid berkata, kuota haji yang diberi kepada Malaysia kekal sebanyak 30,200 orang. Pada […]

TH nafi dakwaan kehilangan kuota haji

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyangkal kenyataan Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang menyatakan bahawa umat Islam kini telah hilang kuota tambahan haji. Menurut Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporatnya, dakwaan Dr. Ashraf bukan sahaja memberi kekeliruan tetapi juga tidak benar sama sekali. Tabung Haji berkata lagi, Dr. Asyraf telah […]

Kerajaan teliti kontrak sewa jangka panjang hotel jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang meneliti cadangan memperbaharui kontrak sewaan hotel di Arab Saudi bagi jemaah haji kepada kontrak sewaan jangka panjang yang lebih baik. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata ia perlu diteliti dan dibincangkan dengan pihak Arab Saudi bagi membolehkan Lembaga Tabung Haji (TH) mengimbangi kadar sewaan yang meningkat setiap […]

11 jemaah kita terpilih jadi tetamu Arab Saudi

SEPANG – Sebelas rakyat Malaysia adalah antara 225 jemaah bertuah dari pelbagai yang terpilih menyertai program tetamu Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman Abdul Aziz Al Saud bagi menunaikan ibadah umrah. Program diperkenal sejak 2015 itu disertai jemaah dari 27 negara termasuk Indonesia, Filipina, India, Bangladesh, China, Pakistan, Thailand, Bosnia dan Herzegovina, Kosovo, Croatia, Slovenia, […]

Arab Saudi tolak dan mengutuk pengiktirafan AS, Bukit Golan milik Israel

RIYADH – Arab Saudi menolak pengiktirafan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terhadap Bukit Golan milik Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa. Arab Saudi dalam kenyataan yang dikeluarkan Agensi Berita SPA, Riyadh secara keras menolak dan mengutuk pentadbiran AS yang mengiktiraf Bukit Golan yang diduduki sebagai milik Israel. “Bukit Golan kekal ‘tanah Arab Syria yang diduduki’ […]