YADIM Peduli di Kampung Padang Kandang

PADANG MAT SIRAT – Bertempat di Kampung Padang Kandang di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah mengadakan program YADIM Peduli. Bertujuan menyantuni mereka yang memerlukan, sebanyak 35 keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada badan dakwah ini. Sebanyak 25 sumbangan diserahkan kepada mereka yang dikenalpasti di masjid Al Faha di sini. Mewakili YADIM […]

Semarak Dakwah sempena kemerdekaan negara ke 63

Kebanyakan daripada kita sememangnya menyedari adanya pelbagai golongan yang menjalani kehidupan di jalanan di tengah-tengah ibu kota, tetapi tidak ramai yang berani mendekati dan menyelami kehidupan mereka. Golongan ini seperti kelompok LGBT, anak muda melepak, penagih dadah mahupun gelandangan sering di kesampingkan sehingga mereka menjalani kehidupan berisiko dan mudah terdedah kepada pengaruh negatif. \Justeru, Yayasan […]

YADIM Pulau Pinang santuni asnaf Seberang Perai

SIMPANG AMPAT – Baru baru ini telah berlangsung program YADIM Peduli di kawasan Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang yang menyaksikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) negeri ini turun padang menyantuni golongan sasaran yang terkesan dengan musibah Covid-19. Seramai 100 keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Penyelaras YADIM Pulau Pinang, Mohd Afifi Ruslan. […]

200 asnaf Tangkak terima sumbangan

TANGKAK – Seramai 200 asnaf di kawasan ini menerima sumbangan barangan keperluan harian dalam program YADIM Peduli Cuci Cuci dan Musa’adah Pasca Covid 19 Negeri Johor di sini pada 8 Ogos. Bertempat di Madrasah Tahfiz Al Fath di sini, program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor, […]

Yadim Peduli : Cuci-Cuci dan Musa’adah Pasca Covid-19 Terengganu

KUALA TERENGGANU – Usaha menyantuni golongan yang terkesan dengan wabak Covid-19 masih diteruskan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Negeri ini menjadi destinasi seterusnya program itu apabila dua kawasan di daerah ini menjadi lokasi program tersebut. Inisiatif menyantuni masyarakat ini digandingkan pula dengan program ikonik YADIM iaitu Cuci Cuci. Tambah menarik apabila Menteri di Jabatan Perdana […]

200 terima sumbangan program di Kampung Layang Layangan

LABUAN – Seramai 200 asnaf menerima sumbangan barangan keperluan harian yang disumbangkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan pada 26 Julai di sini. Menerusi program Cuci Cuci Masjid dan Penyampaian Sumbangan Kepada Asnaf Wilayah Persekutuan Labuan anjuran YADIM, seramai 20 anggota Sukarelawan Al Rahmah dari Menumbok, bergotong royong dengan penduduk […]

Cuci Cuci Masjid Kampung Layang Layangan bersama YB Menteri di JPM

LABUAN – Program Ikon Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Cuci Cuci yang menyasarkan kerja pembersihan masjid dengan semangat sukarela dan bergotong royong akan dilaksanakan di Masjid Jamek Kampung Layang Layangan di sini pada 26 Julai (Ahad) ini. Ia akan diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator […]

Asnaf kalangan nelayan disantuni YADIM Terengganu

SETIU – Komited dengan hasrat menyantuni asnaf daripada kalangan nelayan di negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 9 Julai telah turun padang ke daerah ini bagi tujuan itu. Menerusi program YADIM Peduli : Musa’adah Covid-19 YADIM Terenganu yang diadakan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu dan Persatuan Nelayan Daerah Setiu, […]

Musa’adah Covid 19 untuk 50 keluarga Felcra Teratak Batu

PASIR PUTEH – Penoreh getah dan mereka yang bekerja di ladang sawit tidak dinafikan ialah antara yang turut menerima kesan teruk akibat Covid-19. Justeru bagi meringankan beban mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 30 Jun telah menyantuni sejumlah 50 keluarga daripada kedua golongan ini di Kampung Felcra Teratak Batu, di sini. Acara ringkas […]

98 asnaf,orang Asli terima manfaat Ziarah Sinar Kasih Musa’adah Covid-19 Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Seramai 98 keluarga asnaf dan Orang Asli menerima manfaat daripada program Ziarah Sinar Kasih Musa’adah Covid-19 Negeri Sembilan yang berakhir pada 28 Jun. Program dengan konsep jelajah itu menyantuni dua golongan tersebut yang sebelum ini terkesan dengan Covid-19 yang melanda negara. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan yang menganjurkan program tersebut, […]