YADIM Peduli: Musa’adah Mangsa Banjir Alor Damat

SETIU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 12 Disember menyantuni mangsa banjir di Kampung Alor Damat, Batu Rakit di sini. Seramai 60 keluarga terkesan dengan banjir kilat berkenaan yang berlaku awal bulan ini. Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Ahmad Marzuk Shaary. YADIM menyumbang […]

SAY Kuala Langat santuni 4 keluarga di Kebun Bharu

SUKARELAWAN Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat menyampaikan sumbangan kepada empat keluarga yang memerlukan di Kampung Kebun Bharu pada 12 Disember. Diketuai Pengerusinya, Hasmawi Mahidin, pasukan ini saban minggu aktif menyantuni masyarakat di daerah ini. SAY Kuala Langat juga mengalu alukan orang ramai yang ingin bekerjasama dengan mereka dalam pelbagai program bersama masyarakat.

Bersama warga tahfiz sempena program Bulan Dakwah 2.0

KULIM – Bertempat di Dewan Selawat Maahad Tahfiz Ibnu Sina As-Syakirin, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah menyantuni tiga pusat warga tahfiz di sini pada 10 Disember. Menerusi program Peduli Remaja dan Musa’adah Covid-19, seramai 40 pelajar dari Maahad Tahfiz Ibnu Sina As-Syakirin, Maahad Tahfiz Darul Ansar dan Maahad Tafaqquh Fiddin, menerima sumbangan barangan […]

Lantikan baharu Ikon YADIM penerus usaha melestari gerakan dakwah

PUTRAJAYA –  Ikon Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang dilantik bagi menghasilkan impak tinggi program badan dakwah ini ternyata memberi kesan positif dalam sebarang aktviti yang disertai. Baik dalam medium maya atau secara fizikal di lapangan, kehadiran meraka menarik perhatian ramai dalam usaha melestari gerakan dakwah. Justeru bagi meneruskan inisiatif berkenaan, seramai sembilan ikon YADIM […]

Lantikan baharu Ikon YADIM untuk terus usaha melestari gerakan dakwah

PUTRAJAYA –  Ikon Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang dilantik bagi menghasilkan impak tinggi program badan dakwah ini ternyata memberi kesan positif dalam sebarang aktviti yang disertai. Baik dalam medium maya atau secara fizikal di lapangan, kehadiran meraka menarik perhatian ramai dalam usaha melestari gerakan dakwah. Justeru bagi meneruskan inisiatif berkenaan, seramai sembilan ikon YADIM […]

Tahsin Ibadah Sembelihan ahli kariah Surau Ku Ngah Putih

SUNGAI PETANI – Usaha Melestari Gerakan Dakwah Yayasan Dakwah Islamah Malaysia (YADIM) dilaksanakan dalam pelbagai bentuk meliputi semua lapisan masyarakat. la bukan sahaja dalam bentuk dakwah secara langsung tetapi juga dari segi pengisian ilmu sebagai panduan hidup. Sesuai dengan hasrat itu, YADIM Kedah telah mengadakan program Tahsin Ibadah Sembelihan sempena Bulan Dakwah 2.0 kepada ahli […]

AHRAC Selangor C juara Pertandingan Memanah Tradisional YADIM

PUTRAJAYA – Kelab Menunggang Kuda dan Memanah Alternatif (AHRAC) Selangor C muncul juara keseluruhan Pertandingan Memanah Tradisional YADIM yang diadakan di Kelab Menembak Sasaran Shapadu di sini. Unggul mendahului saingan dengan  mengutip 423 mata, kelab tersebut membawa pulang Piala Menteri bagi pertandingan memanah yang diadakan sempena Bulan Dakwah 2.0 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ini. Mereka […]

Musa’adah Covid-19 santuni penduduk Pendang

PENDANG – Covid-19 nampak belum ada pengakhirannya. Justeru masih terdapat golongan memerlukan yang perlu dibantu. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 4 Disember  dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang dan Pejabat Penghulu Mukim Rambai, Kubur Panjang, telah mengadakan  Program YADIM Peduli-Musa’adah Covid 19 sempena Bulan Dakwah 2.0. Program yang […]

Wacana Isu Global Menangani Isu Gejala Sosial YADIM Kelantan

BACHOK – Sempena Bulan Dakwah 2.0,  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 4 Disember telah mengadakan program YADIM Interaktif : Wacana Isu Global Menangani Isu Gejala Sosial – Dialog Gejala Sosial Era Covid-19 yang bertempat di Dewan Ad Banquet & Catering ,Kampung Seri Sentosa di sini. Ia dihadiri seramai 30 orang peserta terdiri daripada […]

30 keluarga terima sumbangan makanan SAY Kuala Langat

TELOK PANGLIMA GARANG – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat tidak pernah sunyi dengan aktiviti kemasyarakatannya. Terbaru pada 3 Disember, agihan pek makanan siap dimasak diadakan di sekitar mukim ini. Antara lokasi agihan ialah Taman Pahlawan, Taman Desawira serta Jalan Sukepi. Program diketuai oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin bersama ahli jawatankuasanya, […]