Nelayan Seberang Perai disantuni

SEBERANG PERAI – Bertempat di Restoran Nelayan Batu Ujong di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang telah menyantuni kalangan nelayan dari kawasan ini. Menerusi program YADIM Peduli dan YADIM Interaktif bersama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pulau Pinang, seramai 50 keluarga nelayan menerima sumbangan barangan keperluan  harian. Program dimulakan dengan ceramah yang disampaikan […]

YADIM Kedah santuni asnaf Kampung Bukit Belah

KUALA MUDA – Bersempena Bulan Dakwah 2.0, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah menganjurkan program YADIM Peduli: Musaadah Covid- 19 dengan menyantuni asnaf di Kampung Bukit Belah, Sungai Petani pada 2 Disember. Sebanyak 15 kit makanan telah diedarkan kepada penerima kampung tersebut. Penyerahan kepada penerima sumbangan telah disampaikan oleh Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd […]

Slot Bicara Dakwah YADIM Johor

JOHOR BAHRU – Sempena lawatan kerja Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), ke negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor telah dijemput mengadakan pengisian bagi tujuan itu. Bertempat di Dewan Dato Oon, Jalan Datin Halimah di sini, YADIM Johor telah mengadakan slot bicara dakwah kepada 80 penerima sumbangan dalam program anjuran Yayasan […]

Bulan Dakwah Terap Nilai Kerja Sebagai Ibadah

KUALA TERENGGANU –  Merancakkan lagi Bulan Dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu kali ini berkolaborasi bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu dalam menjayakan program Bicara Dakwah bertempat di Bilik Seminar FAMA di sini pada 1 Disember. Bicara Dakwah dengan tajuk ‘Jadikan Pekerjaan Sebagai Ibadah’ disampaikan oleh Ustaz Muhammad Najmuddin Ulwan Mohd Hamdan, Pegawai […]

Kembara Dakwah Belantara Siri 2 di Perkampungan Orang Asli Kuala Koh

GUA MUSANG – Komuniti Orang Asli di negeri ini tidak pernah dipinggirkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Kelantan dalam usahanya melestari gerakan dakwah. Justeru, bertempat di Perkampungan Orang Asli Kuala Koh di sini, YADIM Kelantan telah mengadakan program YADIM Peduli: Kembara Dakwah Belantara Siri 2. Ia mendapat kerjasama Jabatan Kesihatan Kelantan dan Kolej Poly Tech […]

Ride Santai ‘Ketaq Kaki’ Sempena Bulan Dakwah 2.0

SUNGAI PETANI- Sekatan rentas daerah dan negeri yang telah dikuatkuasakan hampir 2 tahun menyebabkan banyak aktiviti dakwah fizikal kepada anak muda tertangguh. Mengambil peluang kebenaran rentas daerah dan negeri yang diberikan dalam fasa 4 Pelan Pemulihan Negara, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah bersama rakan strategik menganjurkan program Ride Santai Dakwah dari Sungai Petani, Kedah […]

YADIM Interaktif: Bicara Mawaddah di Dewan komuniti Taman Bukit Kaya

KANGAR – Kaum ibu merupakan antara golongan sasaran untuk usaha melestari gerakan dakwah di negeri ini dalam Bulan Dakwah 2.0 oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis. Justeru bagi merealisasikan hasrat itu, antara inisiatif terbaharu yang dilaksanakan ialah pelaksanaan program YADIM Interaktif: Bicara Mawaddah di Dewan Komuniti Taman Bukit Kaya di sini pada 27 November. […]

Klinik Solat di Surau At Taawun Kampung Bok Bak

BALING – Pengisian Bulan Dakwah 2.0 oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah diteruskan pada 27 November di Surau At Taawun Simpang 3 Kampung Bok Bak di sini. Menerusi program YADIM Interaktif -Tahsin Ibadah(Klinik solat), seramai 50 peserta menerima ceramah berkaitan solat bermula dari wuduk, rukun solat, peranan hati, peranan akal, peranan anggota dan kepentingan […]

Kem Remaja Pintar Soleh (REPSOL) 2021

JOHOR BAHRU – Serentak di 13 lokasi pada 27 November, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor telah menganjurkan Kem Remaja Pintar Soleh (REPSOL) 2021. Diadakan dengan kerjasama Sukarelawan YADIM Negeri Johor, program ini bertujuan untuk melahirkan remaja yang memahami akidah, ibadah dan akhlak. REPSOL juga berhasrat melahirkan pendakwah muda dikalangan remaja. Program julung kali diadakan […]

Kembara Mahabah: YADIM Sarawak tambah rakan kerjasama di Sibu

SIBU – Aktiviti hari kelima Konvoi Kembara Mahabbah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak  menyaksikan badan dakwah ini mengukuhkan hubungan dengan rakan rakan badan bukan kerajaan (NGO) Islam di sini. Menerusi kembara ini, YADIM berjaya menambah sebanyak tiga rakan kerjasama baharu di Sibu iaitu Hikmah Bahagian Sibu, Hidayah Centre Foundation Sibu dan Pertubuhan IKRAM Sibu. […]