Jakim tangguh majlis tilawah al-Quran antarabangsa

PETALING JAYA: Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran (MTHQA) peringkat antarabangsa yang dijadualkan berlangsung pada 6 hingga 11 April ditangguhkan, kata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Ketua Pengarah Jakim Paimuzi Yahya berkata, MTHQA yang dijadual diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. “Tindakan ini susulan keputusan kerajaan supaya […]

Raja Perlis titah solat Jumaat diganti dengan solat zohor di rumah

KUALA LUMPUR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menitahkan solat Jumaat di negeri itu pada 13 Mac digantikan dengan solat zohor di rumah masing-masing. Titah tersebut dikeluarkan setelah mendapat nasihat Kementerian Kesihatan mengenai perkembangan Covid-19 serta menerima panduan dan Irshad daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis. “Maka Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Perlis […]

JPM sedang rangka kertas kerja Covid-19 untuk solat Jumaat, aktiviti keagamaan

PUTRAJAYA- Jabatan Perdana Menteri sedang merangka 5 kertas kerja berkaitan Covid-19 bagi solat Jumaat dan aktiviti keagamaan untuk dibentang di Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan berhubung penularan wabak koronavirus itu. Menteri Hal Ehwal Agama Zulkifli Mohamad berkata kertas kerja itu, yang juga akan menyarankan panduan berkaitan, akan siap dalam masa 2 atau 3 hari lagi. “Ini […]

Covid-19: Solat Jumaat tetap diteruskan

PUTRAJAYA – Solat Jumaat akan diteruskan di masjid seluruh negara meskipun terdapat penularan wabak koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia selaras dengan Firman Allah SWT dan hukum asal solat Jumaat iaitu wajib. “Berdasarkan situasi semasa, setakat ini tiada keperluan untuk […]

KKM jejaki 5,000 peserta tabligh untuk ujian COVID-19

PUTRAJAYA: Semua Jabatan Kesihatan Negeri kini giat mengesan lebih 5,000 peserta Malaysia yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata siasatan itu dijalankan susulan laporan International Health Regulations (IHR) Focal Point (FP) Brunei, di mana kes yang disahkan positif […]

250 jemaah Malaysia akan dibawa keluar Arab Saudi segera

KUALA LUMPUR – Pihak pengendali ibadat umrah atau muassasah di Arab Saudi dan ejen umrah sedang berusaha untuk membawa keluar secepat mungkin kira-kira 250 jemaah Malaysia yang kebanyakannya masih berada di Makkah. BH difahamkan, jemaah diminta oleh ejen umrah masing-masing untuk bersedia pulang semula ke tanah air mengikut jadual penerbangan yang dijadualkan, termasuk bagi pemegang […]

Gabenor Madinah kaji langkah lindungi jemaah haji

RIYADH – Gabenor Madinah, Putera Faisal Salman mengkaji langkah pencegahan untuk melindungi para jemaah ketika musim haji akan datang. Saudi Press Agency (SPA) melaporkan Putera Faisal turut menekankan kepentingan tentang memperkasakan langkah untuk membendung penularan koronavirus (Covid-19). Beliau mengeluarkan kenyataan itu ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Haji di Madinah.. Putera Faisal menegaskan tentang keperluan untuk mematuhi […]

Semua masjid, surau di Selangor diarah baca Qunut Nazilah

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu agar membaca Qunut Nazilah bagi memohon perlindungan Allah SWT daripada jangkitan Covid-19. Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad, dalam satu kenyataan berkata, arahan itu dikeluarkan berikutan penularan jangkitan Covid-19 yang sedang melanda negara dan semakin meningkat ketika ini. “Susulan penularan […]

Kaabah cuma ditutup beberapa jam sehari kerana Covid-19

KUALA LUMPUR – Kerajaan Arab Saudi memutuskan untuk menutup sementara Masjidil Haram dan kawasan sekitarnya sementara selepas waktu Isyak sehingga menjelang waktu Subuh. Ia dilakukan bagi proses pembasmian kuman gara-gara Covid-19. “Haramain akan ditutup setelah solat Isya dan akan dibuka kembali sebelum waktu solat Fajr (Subuh),” jelas Presiden Pusat Komunikasi Islam Arab Saudi, Faheem H. […]

Palestin bebas COVID-19

TEBING BARAT – Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan, dalam perkembangan harian mengenai epidemik global Novel Coronavirus (COVID-19), wilayah Palestin sehingga kini kekal bebas wabak itu, walaupun menguji 145 kes yang disyaki sejak 20 Januari yang mana keputusannya negatif. Kementerian itu berkata, lima individu kini berada di pangkalan kuarantin khas di Jericho, timur Tebing Barat, di mana […]