Vaksinasi lengkap: Boleh solat di surau, masjid

Kuala Lumpur: Kebenaran menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau akan diberikan kepada individu yang sudah menerima vaksinasi Covid-19 lengkap berkuatkuasa Selasa ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemudahan itu terpakai ke atas semua fasa dalam Pelan Pemulihan Negara. Beliau berkata, jemaah yang hadir untuk menunaikan solat bagaimanapun mesti menunjukkan kepada petugas masjid […]

Keluarga dikuarantin terima sumbangan SAY Kuala Langat.

JENJAROM – Dua keluarga yang sedang dikuarantin akibat Covid-19 di sini pada 3 Ogos menerima sumbangan Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat. Turut menerima sumbangan ialah empat keluarga  asnaf di kawasan ini yang turut terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan. Kesemua mereka menerima barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi […]

Musaádah untuk pengawal keselamatan Plaza Angsana

JOHOR BAHRU – Perintah Kawalan Pergerakan yang masih dikuatkuasakan di bandaraya ini menyaksikan banyak premis perniagaan yang masih ditutup. Ia termasuklah di pusat membeli belah terkenal, Plaza Angsana. Akibatnya, para pengawal keselamatan di sini terkesan apabila tidak dapat keluar bekerja seperti biasa menyebabkan pendapatan mereka terjejas. Prihatin dengan nasib mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) […]

Misi Menyantuni Pemandu Teksi Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Dengan kerjasama rakan strategik seperti Ihsan Johor, Sahabat Selawat Nariyah dan Pusat Rawatan Islam Terapi Al Quran, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 17 Julai menyantuni seramai 100 pemandu teksi di bandar raya ini. Tidak dinafikan pemandu teksi antara golongan yang paling terjejas dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Prihatin dengan situasi […]

Makan lempeng…

JOHOR BAHRU – “Ye bang, dah dapat saya baru siap nak masak sebab tak makan nasi dari semalam makan lempeng…. “Terima kasih banyak bang”. Demikian mesej diterima oleh Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdulah selepas menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM. Selepas menghubungi TeleBantuan YADIM pada 5 Julai, YADIM Johor segera bertindak menyampaikan bantuan […]

Selangor benarkan akad nikah mulai 1 Julai

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan majlis akad nikah dilaksanakan di negeri itu mulai 1 Julai depan.   JAIS menerusi kenyataan di Facebooknya berkata, majlis akad nikah itu dibenarkan dilaksanakan di pejabat JAIS dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) sahaja.   Menurutnya, hanya bakal pengantin yang telah mendapat tarikh temu janji dibenarkan […]

Sumbangan pandu lalu untuk penduduk Kepala Batas, Pinang Tunggal

KEPALA BATAS – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang baru baru ini menerusi laman Facebook mereka melancarkan inisiatif membantu mereka yang terkesan dengan Covid-19. Ia mendapat sambutan sangat baik apabila ramai yang memohon bantuan kepada YADIM Pulau Pinang. Sebagai tindak balas kepada permohonan berkenaan, sebanyak 100 kotak rezeki mengandungi barangan keperluan harian disampaikan YADIM […]

Sumbangan SAY Kuala Langat di Kebun Bharu

KEBUN BHARU – Lima keluarga di kampung ini menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) pada 20 Jun. Keluarga yang disantuni terdiri daripada asnaf, pesakit gout dan ibu tunggal yang terkesan dengan penularan Covid-19. Sumbangan kali ini disampaikan oleh Setiausaha Kerja SAY Kuala Langat, Hanizah Sumiri dan beberapa ahli jawatankuasanya. […]

Musa’adah Felda Lubuk Merbau YADIM Kedah

PADANG TERAP – “Kluster Dah Fajar baru saja tamat, tetapi banyak penduduk masih lagi terkejut dan takut untuk keluar dari rumah, terima kasih banyak pihak YADIM menyampaikan bantuan tepat pada masanya”, kata Abu Bakar Awang Kechik, wakil penduduk Felda Lubuk Merbau. Demikian reaksi beliau dalam majlis ringkas penyampaian sumbangan kepada 30 penduduk di Felda Lubuk […]

17 keluarga asnaf terima sumbangan SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Kekal proaktif menyantuni masyarakat, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat, pada 14 Jun telah menyampaikan sumbangan kepada 17 keluarga yang memerlukan di sini. Kesemua mereka merupakan asnaf yang terkesan dengan Covid-19 dan penguatkuasaaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0. Dengan mematuhi SOP yang ditetapkan, SAY Kuala Langat menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian dan […]