Cadangan kerjasama YADIM – GISB

GISB Holdings dikenali ramai sebagai sebuah syarikat yang memiliki pelbagai cabang perniagaan dan mempunyai rangkaian bukan sahaja di Malaysia, malah di beberapa negara seperti Australia, United Kingdom. Justeru apabila mereka mengadakan kunjung hormat kepada Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus  pada 10 Mei, kami gembira apabila mereka berhasrat meneroka peluang dakwah dan ekonomi bersama […]

Kunjungan Datuk Seri Ustaz Ahmad Awang ke YADIM

YADIM pada 10 Mei berbesar hati menerima kunjungan tokoh ilmu dan agamawan negara, Datuk Seri Ustaz Ahmad Awang. Berkongsikan pengalamannya, beliau menyentuh mengenai penubuhan awal YADIM serta cabaran dunia dakwah masa kini yang perlu dihadapi badan ini. Kunjungan beliau disambut oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri […]

Iftar bersama Penggiat Seni Malaysia

KUALA LUMPUR – Bertujuan menyantuni penggiat seni dan menjadikan seni sebagai jalan dakwah, YADIM pada 10 April mengadakan majlis Iftar bersama Penggiat Seni Malaysia di Kuala Lumpur Dalam ucapan aluannya, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Haji Zamri Zainal Abidin berkata, badan dakwah ini sedia menjadi jambatan antara kerajaan dan penggiat seni, sekiranya timbul sebarang isu yang […]

Kunjungan Hidayah Centre Foundation ke YADIM

YADIM menjalin kerjasama dengan pelbagai rakan strategik untuk melestari gerakan dakwahnya. Di Sabah umpamanya, badan dakwah ini bekerjasama erat dengan Hidayah Centre Foundation (HCF) untuk pelbagai tujuan dakwah khususnya menyantuni mualaf. Mengukuhkan lagi kerjasama dan ukhwah itu, HCF hari ini (23 Mac) mengadakan kunjungan ke ibu pejabat YADIM di Putrajaya bagi meninjau lebih banyak peluang […]

Siapa pun MB, agenda dakwah perlu diutamakan

KUANTAN – Siapa pun yang akan menerajui kepimpinan Pahang, kerajaan negeri perlu menjadikan agenda dakwah sebagai teras agama. Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, kepimpinan kerajaan negeri ini wajar mengambil contoh akhlak Rasulullah SAW sebagai kepimpinan. “Siapa pun atau parti mana yang mentadbir negeri ini mengharapkan kerajaan yang akan datang meningkatkan dakwah kepada […]

100 penduduk Ladang Kalidonia dirai YADIM Pulau Pinang sempena Deepavali

NIBONG TEBAL – Kerana dakwah itu terlalu luas jalurnya… Ia dilaksanakan merentas pelbagai budaya dan agama. Mengambil semangat ini, YADIM Pulau Pinang menyantuni 100 keluarga masyarakat India sempena perayaan Deepavali yang bakal menjelma. Program dengan kerjasama rakan strategik Peduli Insan Malaysia dan Malaysia Hindu Sangam Nibong Tebal itu diadakan di Kampung Ladang Kalidonia di sini […]

Silang budaya dan agama:  Pelatih ADMY adakan sesi dialog bersama wakil Budha, Kristian

KAJANG – Dengan fokus untuk melahirkan pendakwah yang benar benar berkeupayaan, pelatih Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) didedahkan dengan program lapangan yang melatih mereka dalam keadaan dunia sebenar. Antara latihan tersebut ialah untuk berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat bagi mewujudkan suasana harmoni dan dakwah yang berkesan. Untuk itu pada 4 Oktober, 28 pelatih ADMY telah […]

YADIM alu alukan kerjasama lahir pendakwah pelbagai bangsa

HULU LANGAT – Sebagai inisiatif melahirkan lebih ramai pendakwah, khususnya golongan muda, YADIM amat mengalu alukan sebarang kerjasama dengan mana mana pihak untuk tujuan tersebut. Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya berkata, pihaknya mahu melahirkan pendakwah daripada etnik yang pelbagai di negara ini. “Masa depan mereka (pendakwah) Cina amat cerah, […]

Badan dakwah diseru manfaatkan teknologi digital dekati remaja

PUTRAJAYA – Golongan pendakwah di negara ini perlu berusaha dengan lebih agresif bagi menghasilkan kandungan kreatif dan interaktif melibatkan isu Islam yang berasaskan fakta dan ilmu. Gesaan itu disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad sebagai memberi cabaran kepada mereka dalam mempelbagaikan teknik berdakwah. “Kandungan dakwah perlulah disebarkan aktif melalui […]

Konvensyen Antarabangsa Melestari Pembangunan dan Gerakan Dakwah 2022

PUTRAJAYA – Meskipun fasa pandemik Covid-19 sudah berlalu dan kebanyakan gaya hidup kita sudah kembali kepada normal, namun kesan kepada pelbagai aspek, termasuk gerakan dakwah masih ada. Cakna dengan situasi tersebut, Program Konvensyen Antarabangsa Melestari Pembangunan Dan Gerakan Dakwah 2022 telah dianjurkan YADIM di sini yang menghimpunkan pakar pelbagai aspek dakwah termasuk dari Indonesia, Singapura, […]