YADIM Kedah dakwah anak muda di gelanggang futsal.

BUKIT BESAR – Dalam usaha menyampaikan dakwah kepada golongan muda, YADIM Kedah telah mengadakan kerjasama dengan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Jerai dan Department of Art and Sports (DACS) Negeri Kedah dalam penganjuran Pertandingan Futsal Piala Yang Berhormat Ahli Parlimen Jerai di Anjung Sport pada 22 Januari. Pertandingan yang bermula seawal jam 8.30 pagi ini […]

YADIM tumpukan dakwah pada 2022

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan memfokuskan tumpuan pada pengembangan dakwah dan mengurangkan tumpuan pada tugas kebajikan pada tahun ini. Menurut Yang DiPertua YADIM, Nasrudin Hassan, selaras dengan matlamat penubuhannya, YADIM harus bertindak sebagai titik utama gerakan dakwah, dan bukannya aktiviti lain. “Saya harap ini tidak disalah ertikan oleh masyarakat. Bukan bermakna kita […]

YADIM mahu bertemu SKMM isu iklan lucah di media sosial, internet

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi berbincang mengenai isu iklan lucah di media sosial dan internet.     Yang Dipertuanya, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya akui kanak-kanak dan remaja kini terdedah dengan iklan-iklan lucah di laman sosial terutama ketika sedang mengikuti pembelajaran secara dalam […]

Sambutan meriah Sukan Bulan Dakwah YADIM Negeri Kelantan

Kota Bharu – Sambutan yang meriah dan luar jangkaan. Demikian boleh kita ringkaskan tentang penyertaan pasukan yang menyertai pertandingan Sukan Bulan Dakwah Yadim peringkat Negeri Kelantan. Ia menerima penyertaan hampir 250 peserta bagi acara senamrobik, futsal, bolajaring dan bowling padang. Pertandingan sempena Bulan Dakwah 2.0 pada 1 Januari ini diadakan di Kompleks Sukan Panji di […]

Kayuhan Amal YADIM 2021

JOHOR BAHRU – Acara berbasikal kini menjadi pilihan ramai pihak untuk beriadah dan menjaga kesihatan. Ia juga dijadikan sebagai salah satu cara beramal dan melaksanakan program kebajikan seperti yang dilaksanakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 13 November. Ia merupakan anjuran bersama YADIM, rakan badan bukan kerajaan JB Prihatin dan Kelab Kayuhan Otai Santai. […]

Tazkirah 24 jam: YDP YADIM zahir kesyukuran

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Ustaz Nasrudin Hassan menzahirkan kesyukuran dan penghargaan atas kejayaan menganjurkan tazkirah 24 jam yang julung-julung kali diadakan yang berakhir pada 19 Oktober 2021 jam 10 malam. Ia sekaligus diumumkan oleh Malaysia Books Of Records sebagai tazkirah yang terpanjang yang dicatatkan selama 25 jam melebihi sasaran asal iaitu 24 […]

Daie Muda YADIM penerus legasi dakwah Islamiah

HULU LANGAT – Program Akademi Daie Muda YADIM (DMY) diharapkan dapat melahirkan para daie yang mampu mengajak ummah melakukan kebaikan selari dengan slogan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) “Fastabiqul Khairat, Mengejar Kebaikan”. Dengan menggunakan konsep Tekno Daie, ia jelas menunjukkan penguasaan kemahiran berteknologi, khususnya media sosial penting bagi setiap peserta dalam menyampaikan dakwah pada zaman […]

Adam Corrie diugut akibat aktif berdakwah

KUALA LUMPUR – Biarpun diugut diugut gara-gara aktif berdakwah dalam komuniti bukan Islam, pelakon, Adam Corrie Lee Abdullah tidak pernah terdetik mahu mengibar bendera putih tanda menyerah kalah.   Adam yang memeluk Islam sejak 2007 mendedahkan, selain ugutan, dia pernah diancam pihak yang didakwa cuba memesongkan akidah. Namun, Adam tidak melayan mesej langsung (DM) yang […]

Konvensyen Dakwah Negara

DAKWAH DAN PERUBAHAN SOSIAL Suasana pandemik COVID-19 tidak bermakna aktiviti penggabungjalinan dan pembentukan kerjasama antara sektor tidak dapat dilaksanakan meskipun secara zahirnya pergerakan fizikal cukup terbatas serta perlu dipraktiskan pematuhan SOP. Menyedari keperluan untuk menjalin kerjasama dan membentuk model  penggabungan antara pertubuhan dan aktivis dakwah di seluruh negara, Majlis Dakwah Negara  (MDN) dan Yayasan Dakwah […]

Cabang baharu dakwah YADIM

SERI KEMBANGAN – Gerak kerja dakwah masa kini memerlukan pelbagai kaedah dan cara baharu untuk menarik perhatian masyarakat. Ia ditambah pula dengan cabaran masa kini yang bukan sahaja mendesak kepada cara kreatif, tetapi juga kos yang tinggi. Atas faktor ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia mengambil keputusan berani keluar daripada keselesaan dan menceburi bidang perniagaan runcit […]