YADIM Peduli : Gotong-royong Bubur Asyura SAY Kedah

LENSA Program YADIM Peduli : Gotong-royong memasak Bubur Asyura sempena bulan Muharram 1445H oleh YADIM Kedah dan Perlis. Seramai 35 anggota Sukarelawan YADIM (SAY) Sungai Petani, Pendang dan Padang Serai hadir bergotong- royong memasak Bubur Asyura di Pusat Gerakan SAY Sungai Petani, Taman Baiduri. Pengarah YADIM Kedah dan Perlis, Puan Hafsah Husain dan kakitangannya turut […]

Gotong royong YADIM Perlis pungut 25 kilogram sampah di Bukit Ayer

KANGAR – Dalam usaha melahirkan masyarakat yang rahmah dengan alam sekitar, YADIM Perlis bersama Sukarelawan YADIM Perlis dan rakan badan bukan kerajaan Trash Hero Perlis, telah mengambil inisiatif menganjurkan Program YADIM Lestari: Gotong-Royong dan Tautan Ukhwah. Program pada 11 Jun di Hutan Lipur Bukit Ayer ini turut mendapat kerjasama Pertubuhan Aspirasi Prihatin Malaysia dan Jabatan […]

Gotong Royong Perdana SAY Kuala Langat di RAYAS

SIJANGKANG – Sebagai persiapan menghadapi sesi persekolahan yang bakal kembali dibuka, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat telah mengadakan Gotong Royong Perdana di Asrama Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang (RAYAS). Program pada 3 Oktober ini disertai oleh kira kira 20 ahli SAY dan ahli jawatankuasa RAYAS. Program bermula jam 9 pagi hingga 12.30 […]

Gotong royong bersihkan rumah anak yatim

KUALA LANGAT  – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat terus melaksanakan kerja kerja khidmat komuniti di daerah ini bagi menyantuni mereka yang memerlukan. Terbaharu pada 18 Julai, mereka telah bergotong royong membersihkan Rumah Anak Anak Yatim Sijangkang di sini. Usaha ini dilaksanakan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan beberapa anggota pasukan […]

Cuci Cuci diteruskan walau selepas PKP

BOTA – Program ikonik Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Cuci Cuci akan diteruskan walaupun selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir, kata Yang Dipertuanya, Yang Berbahagia Ustaz Nasrudin Hassan. Menurut beliau, Cuci Cuci secara konsep merupakan program gotong royong yang memang dianjurkan syarak, supaya kawasan rumah ibadah seperti masjid dan surau sentiasa dibersihkan. “Bukan sekadar mendepani […]

200 terima sumbangan program di Kampung Layang Layangan

LABUAN – Seramai 200 asnaf menerima sumbangan barangan keperluan harian yang disumbangkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan pada 26 Julai di sini. Menerusi program Cuci Cuci Masjid dan Penyampaian Sumbangan Kepada Asnaf Wilayah Persekutuan Labuan anjuran YADIM, seramai 20 anggota Sukarelawan Al Rahmah dari Menumbok, bergotong royong dengan penduduk […]